COD LUMUT, MANJUNG, SERI MANJUNG, SITIAWAN

COD LUMUT, MANJUNG, SERI MANJUNG, SITIAWAN

Friday 5 September 2014

Urutan Perineum Ibu Mengandung


PERINEAL MASSAGE (Urutan Perineum) dan mcm mana nak buat perineum massage?

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.

Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.





* Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina.
* Jika anda merasa sakit semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain.
* Sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti. InsyaAllah.


ingin dapatkan vcoa utk urutan perinium?

hubungi 019-7553656
cod teluk intan

No comments:

Post a Comment